Kelas Asas ICT & Belajar Menaip
21 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT dan Belajar Menaip ini telah diadakan pada hari Ahad, 20 Januari 2019. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada apa itu komputer dan tujuan penggunaan komputer. Selain itu, mereka turut mempelajari komponen-komponen asas komputer beserta fungsinya.
Selepas itu, para peserta diajar cara untuk menaip menggunakan papan kekunci di dalam Microsoft Word. Mereka telah diminta untuk menaip huruf, nombor dan simbol-simbol yang terdapat pada papan kekunci.
Disamping itu, mereka turut diperkenalkan kepada laman web www.typing.com dimana mereka dapat belajar menaip secara atas talian dengan percuma pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, laman web ini juga mengandungi modul-modul pembelajaran tersendiri yang mudah dan menarik termasuklah permainan-permainan menaip yang membolehkan para peserta melatih kemahiran dan meningkatkan kecekapan serta kepantasan menaip mereka.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 2 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: